Tentang Diri Saya

Nama saya Intan Sukhaila Ishak . Saya telah berkahwin dan telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Dunia pendidikan adalah dunia saya. Saya membesar di dalam sebuah keluarga yang terlibat dengan dunia pendidikan . Bapa saya seorang pesara guru , manakala arwah ibu semasa hidupnya berbakti sebagai guru KAFA.. Adik perempuan saya , Fatim Nadia seorang guru lepasan UKM di salah sebuah sekolah menengah di daerah Grik. Manaka suaminya juga seorang guru di Sekolah Menengah Teknik di Grik. Adik lelaki saya pula juga seorang guru agama di Batu Kikir , Negeri Sembilan. Isterinya...... cuba saudara-saudari teka.. dia kerja sebagai apa?.... He! He! guru lah jgk . lepasan UPSI....

Memang tugas mendidik ni mulia... jadi saya sentiasa menasihati anak-anak saya agar sentiasa melakukan yang terbaik tidak kira bidang apa yang mereka ceburi.. Pernah saya "survey" cita-cita anak saya, yang sulung hendak menjadi guru Bahasa Inggeris lepasan luar negeri...yang no 4 pula saya rasa agak istimewa cita-citanya kerana.... ( sebelum tu.. saya tidak mention pun lagi pekerjaan suami saya kan?) Suami saya seorang Pegawai Tentera di Kem Sg Layar , Sg Petani.-akhirnya ada juga profesion yang lain dalam keluarga....Berbalik kita pada cerita cita-cita anak saya yang no 4, katanya dia hendak menjadi Ustaz KAGAT (Ustaz Tentera).... Katanya dia ingin mengikut jejak langkah ibu dan ayah nya.. Dunia pendidikan lah jgk seperti ibunya tapi dalam ketenteraan seperti ayahnya.... Anak yang lain saya tak berani tanya... kerana saya takut pertanyaan saya akan mempengaruhi cita-cita mereka...biarlah mereka dengan cita-cita mereka... as long as they have a good life...
                                                                     -intan-



INSAN-INSAN KESAYANGAN SAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
MOGA BAHAGIA SELAMANYA........ AMIN