Friday 15 July 2011

Sinopsis Artikel

Artikel ini menceritakan tentang gaya belajar yang baru iaitu yang berperantarakan computer supaya perkembangan minda pelajar dapat dikembangkan. Seperti yang sudah sedia maklum, gaya belajar ialah cara setiap pelajar mula memberi tumpuan, memproses dan menyimpan maklumat baru dan sukar. Kajian ini menggunakan Learning-StyleInventory (LSI) yang dibina oleh Kolb (1985) untuk mengukur gaya belajar 241 pelajar daripada dua buah sekolah menengah di kawasan bandar di Malaysia.Dapatan menunjukkan pelajar sekolah menengah di Malaysia cenderung untuk mencerap secara reflektif. Ini bermaksud, mereka memproses maklumat secara reflektif dan memahami situasi baru melalui persepsi yang konkrit. Pembelajaran di Malaysia lebih cenderung ke arah pemusatan guru. Guru tidak menaruh jangkaan agar pelajar mencari maklumat secara aktif. Sebaliknya, mereka disediakan dengan bahan-bahan dan diberi sedikit sahaja ruang untukberkembang apa lagi untuk mencabar guru atau pentadbir. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar komunikasi berperantarakan komputer dilaksanakan untuk memberi ruang untuk perkembangan minda pelajar-pelajar di Malaysia sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin melahirkan modal insane yang seimbang dari pelbagai aspek. Bacalah artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Thursday 14 July 2011

Kenapa tak boleh komen???

Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.. dah janji dgn teman2 UUM nak komen blog depa tonite.. tapi asyik kena taip letter for security tu je.. Kenapa lah agaknya?????????????

Tuesday 12 July 2011

Aktiviti-aktiviti di sekolah

Apabila diberi tugasan membuat laporan aktiviti sekolah dan perlu paparkan di blog... terkejut betul saya. Mungkin bagi orang lain tugasan begitu biasa saja.. tapi bagi saya .. susah tu... tak pernah buat sebelum ni...jadi saya nak cuba dulu.. Hari ni 13Julai sekolah saya mengadakan sukan... mungkin saya akan laporkan aktiviti sukan ini .kena ambil gambarlah pulak.. ....Sebelum tu saya nak cuba-cuba dulu....
                                          7 pelajar cemerlang 5A dalam UPSR tahun2010.