Friday 15 July 2011

Sinopsis Artikel

Artikel ini menceritakan tentang gaya belajar yang baru iaitu yang berperantarakan computer supaya perkembangan minda pelajar dapat dikembangkan. Seperti yang sudah sedia maklum, gaya belajar ialah cara setiap pelajar mula memberi tumpuan, memproses dan menyimpan maklumat baru dan sukar. Kajian ini menggunakan Learning-StyleInventory (LSI) yang dibina oleh Kolb (1985) untuk mengukur gaya belajar 241 pelajar daripada dua buah sekolah menengah di kawasan bandar di Malaysia.Dapatan menunjukkan pelajar sekolah menengah di Malaysia cenderung untuk mencerap secara reflektif. Ini bermaksud, mereka memproses maklumat secara reflektif dan memahami situasi baru melalui persepsi yang konkrit. Pembelajaran di Malaysia lebih cenderung ke arah pemusatan guru. Guru tidak menaruh jangkaan agar pelajar mencari maklumat secara aktif. Sebaliknya, mereka disediakan dengan bahan-bahan dan diberi sedikit sahaja ruang untukberkembang apa lagi untuk mencabar guru atau pentadbir. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar komunikasi berperantarakan komputer dilaksanakan untuk memberi ruang untuk perkembangan minda pelajar-pelajar di Malaysia sejajar dengan kehendak kerajaan yang ingin melahirkan modal insane yang seimbang dari pelbagai aspek. Bacalah artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

3 comments:

  1. Dunia tanpa sempadan memerlukan kita turut sama bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini......
    Mana link artikel cikgu?....

    ReplyDelete
  2. Memang betul.P&P lebih kepada berpusatkan guru.Tp kadang-kadang penggunaan ICT anak-anak atau murid-murid lebih kehadapan daripada kita.

    ReplyDelete
  3. Dunia tanpa sempadan memang banyak memerlukan bimbingan daripada guru agar murid tidak tersasar.

    ReplyDelete